Monday, July 23, 2012

Hantu penanggal dan cara nak hapuskannya


BIODATA PENANGGAL

Penanggal ni adalah hantu PEREMPUAN yang menuntut ILMU HITAM untuk kepentingan tersendiri sperti nak MEMUSNAHKAN MUSUH dia, jaga KECANTIKAN, jaga KEBUN dll. Nama penanggal diambil dari kata dasar, TANGGAL yang merujuk sifatnya yang terpisah kepada 2 bahagian, kepala dan badan (putus kat leher). Akibat dari pisahan tersebut habis la isi perut dia terburai. Sesiapa yang kena darah isi perut ini ada kumungkinan dapat sakit kudis. Penanggal juga ada nama dan jenis yang berlainan seperti berikut: 


Tengelong – Kedah, Malaysia ( penanggal biasa )
Engkalan – Sarawak, Malaysia ( penanggal biasa )
Balan-balan – Sabah, Malaysia ( penanggal lelaki, menjangkitkan ilmu kepada keturunan melalui makanan)
Krasue – Thailand ( penanggal biasa )
Leyak @ le-ak – Bali, Indonesia ( penanggal biasa tapi boleh berubah bentuk jadi binatang seperti babi )
Manananggal – Filipina ( penanggalannya bermula dari pinggang bukan leher)


Menu Penanggal

Semua benda hidup memerlukan makanan begitu juga penanggal. Makanan penanggal ialah DARAH PEREMPUAN BERSALIN, URI dan BUDAK YANG ADA DALAM PERUT mak dia lagi. Mula-mula penanggal akan menggunakan ilmunya untuk melesing bidan yang nak sambut bayi tu sehinggalah mak bidan tersebut pengsan. Lepas itu baru dia attack ibu mengandung yang dalam kesakitan tadi. Sudah pasti perempuan mengandung tu dah tak boleh buat apa dah kan. Kemudian barulah disantapnya menu tadi. Tapi yang itu versi yang kejam, ada juga yang versi biasa ja. Kalo yang biasa penanggal akan hirup darah perempuan bersalin.


Cara Nak Kantoikan


Senang ja nak kantoikan penanggal ni. Masa penanggal tu mencari mangsa, tubuhnya yang tiada kepala tu diterbalikkan. Nanti bila dia nak pasang kepala dengan badan mesti kepala dia menghadap belakang, badan pula menghadap depan. Esoknya kalo dia keluar rumah mesti kantoi punya la.



Cara Nak Bunuh!


Kalo asyik bunuh ibu brsalin ja mesti la kita kena balas. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membunuh penanggal.

a) Teknik yang paling biasa digunakan ialah dengan meletakkan daun mengkuang dekat pintu dan tingkap rumah org yang nak bersalin. Lepas tu sertakan juga dulang yang ada kain putih @ kuning dan kacip pinang. Kacip Fatimah tidak diperlukan, yang itu khas untuk orang lepas bersalin untuk mengecutkan rahim. Nanti isi perut penanggal akan tersangkut kalo dia lalu tempat yang ada daun mengkuang tadi. Potong ja la pakai kacip pinang. Biar die mampos!!



b) Sumbat bawang putih lenyek dan abu ke dalam tubuh penanggal. Akibatnye nnt die dh x bleh nk cantum dngn badan die sendiri kerane dh dipenuhi abu dn die x suke bawang putih mcm pontianak la.


c) Siapa yang jadi penanggal mesti ade tempayan cuka. Fungsi tempayan tu bila dia balik rumah nanti dia akan rendam isi perut dia ke dalam cuka sebelum nak bercantum balik. Katanya senang sikit nak cantum sebab isi perut dia dah kecut kena cuka. Oleh itu, kita carik pokok berduri dan letak dekat mulut tempayan cuka tadi. Penanggal takut dengan duri jadi dia hanya akan mampu berlegar-legar sampilah penat. Masa azan subuh nanti penanggal akan terbakar dan mampoossss……



d) Kaedah ini rugged siki, tangkap penanggal tu dan hentak ja dengan kayu besball. Abis cita….


sumber kat sini

18 kritikan:

Ismailmazlan94 said...

haha,thanx info.

Anonymous said...

Lawak der...

Unknown said...

nnti aq buat mcm nie..:P

Anonymous said...

Punya lah kima sial butu kau

Anonymous said...

Terbaik,,thanks 4 share...

Anonymous said...

asta....jan buat lawaklah.tp tq and benda ni menyeramkan.

Ahlam Miera Shafie said...

cara yang last 2 saya suka.. hahaha

Unknown said...

Nk best ag guna chainsaw lg best potong terus isi perut n paru2nya hahaha

Unknown said...

Nk best ag guna chainsaw lg best potong terus isi perut n paru2nya hahaha

Anonymous said...

Amende ni..

Anonymous said...

SOALAN SAYA;

Kalau penanggal tu dh terbakar masa azan maghrib atau dilenyek atau diletak abu and etc.

Adakah manusia asal itu akan mati jugak?

Adakah nanti kita akan jumpa mayat tanpa kepala?

Bagaimana?

Unknown said...

matilah tu manusia..pastu kita ramai2 pray for penanggal..hahaha..

Anonymous said...

Pa hal kau mrh pasai info tu? Kau ni sejenis penanggal juga ka

Unknown said...

Sekarang saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada awak dan kepunyaan awak yang ada pada diri saya.apa sahaja yang saya ambil daripada awak saya ambil yang haq semata-mata tiada yang lain dulu kini dan selamanya

Anonymous said...

Mesti dia Ni keturunan penanggal

Anonymous said...

kami d sabah,,, kalau ada tanda2 penanggal ni datang di sekitar rumah memang habis kena kejar & pukul,,, sini panggil balan-balan

Anonymous said...

pukul macam pukul perompak ke?

Anonymous said...

Takutnya Hantu Penanggal ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...