1. Tawan hatinya.
Selalunya ia bermula di awal pertemuan pertama. Jika lulus pada pandangan pertama ini, selalunya hubungan akan jadi baik seterusnya. Semasa menziarahi bakal mak mertua beli buah tangan untuknya. Jangan kedekut sangat ya!. Pasti dia tersenyum lebar dan rasa sangat dihargai.
2. Bersikap mesra.
Ketika bertandang buat pertama kali ke rumah bakal mertua. Jangan sombong sangat. Bersikap mesra sedikit. Tunjukkan senyuman anda yang manis itu. Tunjukkan anda juga mempunyai sikap mengambil berat. Tentu bakal mertua anda tersenyum manis juga untuk anda.
3. Dapatkan nasihat meskipun sudah tahu.
Walau pun kita sudah tahu mengenai perangai pasangan anda. Mintalah pandangan mertua juga terutama sekali dalam soal memasak atau ketika dalam mendepani perangai pasangan anda. Mereka pasti dengan senang hati memberikan pandangan.
Ampa sebenarnya berdepan dengan orang yang telah membesarkan pasangan ampa sekarang. Perlakuan baik adalah gambaran bahawa ampa sangat sayangkan anak mereka serta sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga. Jika sejak awal ampa telah dilihat sebagai orang yang patuh, jujur, sedia menurut kata dan penyayang, tidak ada sebab mertua tidak sayang ampa..
p/s:gua kering...credit to ungu violet d'hearty
0 kritikan:
Post a Comment