Tuesday, March 15, 2011

Dulu ahli bina badan, kini mak nyah glamor

nie post pasal berita yang gua jumpa dalam kosmo hari ni..lawak  pn ad berita ni..macam2 la mat salleh nie..hahahaha


SOUTHAMPTON, Britain - Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.
Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.
Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.
"Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya.
Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'.
Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.
Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik.
Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. - Agensi
-nie gambar dy masa jadi lelaki n yang kecik tu lpas dy tuka jantina..

p/s:lawa gak kn?lol
sumberkosmo

3 kritikan:

Kama Irahsa said...

elok2 jd lelaki, nk jd pempuan. ape nk jd daa.. dh ilang satu nikmat. hehe..

nur anis said...

boleh pulak main tukar2..nanti bosan jadi pempuan, tukar jadi laki balik..huhu

tshirt koyak said...

haha..depa igt xsyok kot ad 2 jntina

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...