Thursday, February 24, 2011

sauna menjejaskan kesuburan lelaki?





Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Dr. Ismail Thamby mengatakan bahawa tahap kepanasan yang melebihi paras tertentu berupaya menjejaskan kualiti kesuburan lelaki.

“Jika tahap kepanasan melebihi 35° Celsius, kilang sperma tergendala dan pemprosesan sperma juga akan turut tergendala.Kesannya, sperma yang aktif menjadi kurang akibat terdedah kepada kepanasan yang terlampau,” ujarnya.

Saranan Dr Ismail, lelaki yang mempunyai masalah sperma dari segi kualiti dan bilangan sperma ditegah daripada bersauna.Jika lelaki yang mahu berkahwin dan ingin mendapatkan anak dinasihatkan supaya tidak mandi sauna kerana kilang sperma mungkin memerlukan masa jika terdapat pendedahan dalam masa yang lama.




           Jika mandian sauna tidak menjejaskan kesihatan penggunanya maka tiada halangan untuk melakukan aktiviti ini, sebaliknya bagi individu yang mempunyai komplikasi jantung amalan ini mungkin boleh mengundang bahaya.

Selain itu, pesakit yang mempunyai penyakit tekanan darah lemah, denyutan jantung tidak stabil dan saluran pembuluh darah kecil dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti mandian sauna.Pesakit yang mempunyai masalah jantung sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menggunakan sauna.

Sementara itu, menurut Persatuan Sauna Finland, individu yang perlu mengelakkan bersauna adalah mereka yang demam atau mempunyai penyakit dan kecederaan yang berisiko untuk berjangkit.Ini kerana ianya berpotensi untuk berjangkit dengan individu lain dan mereka perlu mandi menggunakan sauna peribadi.
 

credit:kosmo

p/s:memang gua tak nak mandi sauna r.gua nk ada anak....hahahah

0 kritikan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...