Tuesday, July 17, 2012

punca lelaki tidak subur


Ketidaksuburan berlaku kepada lebih kurang satu dalam sepuluh pasangan.  Sekiranya masalah berlaku kepada pasangan lelaki, ia disebut sebagai male infertility.

Sebahagian daripada masalah kesuburan di kalangan lelaki diketahui sebabnya seperti Hypospadias di mana penis tidak terbentuk secara normal, testis tidak turun dan kegagalan  ereksi tetapi kebanyakan daripadanya agak sukar dijelaskan faktornya.
Ia selalu dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, tempoh hidup sperma yang terlalu singkat atau masalah dengan ejakulasi.

Faktor ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana :

  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal
  • Sperma terlalu sedikit atau tiada langsung

Faktor sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung mungkin berkaitan masalah berikut :

  • Unsur genetik tidak normal
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dadah
  • Pernah menghidap penyakit beguk
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Terdedah kepada radiasi yang berlebihan
  • Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
  • Masalah ejakulasi yang menghalang sperma ke dalam faraj
  • Ejakulasi tidak matang (berlaku terlalu cepat)
  • Ejakulasi terbalik iaitu air mani masuk semula ke dalam pundi kencing
  • Masalah ereksi
  • Komplikasi dari pembedahan atau radiasi


sumber kat sini

0 kritikan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...