Thursday, July 14, 2011

rakaman Bigfoot di Kansas

gua duk baca² kosmoonline tadi pastu gua jumpa berita ni kat halaman dunia..Bigfoot bhai..kah kah kah,ada mat saleh dapat record vieo menatang Bigfoot ni berjalan..berita dy camni..


OSAWATOMIE, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman video disiarkan di laman YouTube menunjukkan seekor makhluk berbulu berjalan seperti manusia pada waktu siang, lapor lamanGhost Theory semalam.
Imej itu menunjukkan makhluk itu berjalan di belakang beberapa buah pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, AS.


Makhluk itu menundukkan kepala semasa ia berjalan di belakang barisan pokok itu.
Tangan saksi yang merakamkan imej itu kemungkinan menggeletar kerana rakaman video tersebut kerap kali bergoyang-goyang.
Rakaman itu dibuat oleh salah seorang anggota satu keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan anaknya.
Dalam rakaman berkenaan, suara si ibu berasa terkejut melihat makhluk tersebut manakala si anak bertanya apakah yang sedang dilihatnya itu.
Jika dilihat sekali imbas, ia seperti seorang manusia memakai kostum gorila atau Bigfoot.
Namun, kelibat Bigfoot juga pernah dilihat di negeri Kansas sebelum ini.
Imej makhluk berbulu itu disiarkan di laman Youtube sejak 11 Julai lalu. - Agensi
nie pulak video yang dikatakan Bigfoot tersebut..
gua tak tau la video nie betul atau fake sebab gua tak pandai bab² camni..kah kah kah
p/s:no comment..

0 kritikan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...