Monday, February 28, 2011

alien nak beli bumi???

Bumi berharga RM14,844 trilion


GAMBAR menunjukkan rupa bentuk Bumi.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang saintis telah mencipta formula untuk menilai harga planet Bumi dan dia menetapkan Bumi berharga 3,000 trilion (RM14,844 trilion), lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis berkenaan yang bertugas di Universiti California-Santa Cruz, Greg Laughlin, membuat pengiraan itu berdasarkan faktor usia Bumi, saiz, suhu jisim dan beberapa statistik penting yang lain.
Dia mendapati Bumi adalah planet termahal berbanding planet-planet lain di cakerawala.
Cruz mencipta formula tersebut untuk menetapkan nilai planet-planet yang ditemui oleh kapal angkasa Kepler berharga £600 juta (RM2.9 bilion) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
"Saya percaya selama ini sukar untuk kita membayangkan nilai sesuatu planet terutamanya planet- planet yang menyerupai Bumi," katanya pada minggu lalu.
"Justeru, saya mencipta formula metrik ini supaya mudah untuk saya membuat penilaian sama ada sesuatu planet itu berharga atau sebaliknya," tambah Cruz.
Menurutnya, terdapat sekitar 1,235 planet di alam semesta dengan Marikh bernilai sekitar £10,000 (RM49,500), Zuhrah pula cuma 1 penny (RM0.04). 

credittokosmoonline

p/s:gua nk bli zuhrah..

2 kritikan:

Hanis Zalikha said...

pasai pa entri lu sama ngan Taw Dak? hampa satu geng ka?

tshirt koyak said...

hahahh...
sebab kami stu rumah sewa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...